Ya Allah sesungguhnya aku memohon,tutupkan lah hatiku.
Tutupkan hatiku serapat rapat mungkin.
Jangan biarkan kebaikan dia mengetuk hatiku.
Jangan biarkan kelembutan dia menyentuh hatiku.
Jangan biarkan kesempurnaan dia membuka kunci hatiku.
Kuatkan aku untuk menghadapi ujian ini.
Sesungguhnya aku mempunyai tanggungjawab yang besar ke atas ibubapaku,pelajaranku,keluargaku.
Sesungguhnya aku tidak mahu lemas dengan keadaan ini.
Ya Allah Ya Rabb, aku tidak bersedia untuk semua ini.Selagi aku mampu bertahan,kunci lah hatiku.
Ameen Ya Rabb Ameen.
Ameen Ya Rabb Ameen.
No comments:
Post a Comment